Asas Saham
Fahami bagaimana pasaran bergerak, istilah penting dan cara bermula dengan betul.
Pendidikan Saham Untuk Beginner
Bina asas yang betul untuk melabur dan trading di Bursa Malaysia. Dibimbing oleh remisier berlesen—daripada buka akaun CDS hingga memahami analisis saham.




Kenali Remisier Anda
Saya Yusri Bin Umran, remisier berlesen bersama Malacca Securities Sdn Bhd. Fokus saya ialah membantu beginner membuka akaun CDS, memahami saham IPO dan membina asas pelaburan serta trading yang lebih tersusun.
Remisier berlesenBerdaftar sebagai Capital Markets Services Representative dan aktif membimbing pelanggan pasaran saham.
Pengalaman pelbagai pasaranBursa Malaysia, pasaran Amerika Syarikat dan Hong Kong melalui platform M+ Global.
Bimbingan sebenarSokongan pembukaan CDS, onboarding platform, kelas saham dan pendidikan IPO.
Ilmu saham bukan untuk nampak pandai—ia untuk bantu kita membuat keputusan yang lebih baik.Lihat Profil, Kelayakan & Pengiktirafan →
Apa Yang Anda Akan Belajar
Bukan sekadar dengar teori. Setiap modul disusun supaya anda faham apa yang perlu dilihat, dibuat dan dielakkan sebelum meletakkan duit.
Fahami bagaimana pasaran bergerak, istilah penting dan cara bermula dengan betul.
Kenal dua cara utama membina pulangan melalui saham berkualiti.
Belajar menilai perniagaan, keuntungan, hutang dan harga saham.
Gunakan carta untuk merancang masa beli, sasaran untung dan kawalan risiko.
Latihan praktikal menggunakan platform M+ untuk membuat pesanan saham.
Gunakan alat AI sebagai pembantu kajian—bukan mesin ramal harga esok.
Mulakan Dengan Akaun Yang Betul
Urus pembukaan akaun bersama remisier sebenar. Yusri akan membantu anda memahami proses pendaftaran dan langkah pertama menggunakan platform.
Ringkas & telus
RM11RM10 pendaftaran + RM1 fi FPXPanduan Buka Akaun CDS
Sediakan semua maklumat di bawah sebelum mula mendaftar. Ini membantu proses permohonan berjalan lebih lancar dan mengurangkan pembetulan.
Kad pengenalanPastikan gambar dan maklumat pada IC jelas.
Nombor TINSediakan nombor cukai pendapatan. Jika tiada nombor cukai, nyatakan dengan betul; kelayakan tertakluk kepada semakan permohonan.
Maklumat akaun bankNama penuh bank, jenis Islamic atau biasa, dan nombor akaun sahaja.
Maklumat pasanganJika berkahwin, sediakan nama penuh seperti IC dan nombor kad pengenalan pasangan.
Bayaran RM11Pastikan baki mencukupi dalam akaun bank untuk fi pendaftaran RM10 dan fi FPX RM1.
Sebarang masalah atau bantuan, hubungi terus En. Yusri di 013-352 2522.
Akaun CDS Mengikut Keperluan
Pilih struktur akaun yang sesuai dengan pemilikan, tujuan pelaburan dan dokumen anda. Setiap permohonan tertakluk kepada semakan serta kelulusan broker.
Untuk pelabur yang mahu membeli saham Bursa Malaysia, memohon IPO dan mengaktifkan akses pasaran global melalui akaun sendiri.
Untuk syarikat yang mahu melaburkan lebihan tunai atau membina portfolio saham di bawah nama entiti perniagaan.
Belajar Saham IPO
Initial Public Offering atau IPO ialah tawaran saham syarikat kepada orang ramai sebelum saham mula didagangkan di Bursa Malaysia. Abg Saham membantu beginner memahami proses permohonan, penilaian asas dan risiko sebelum memohon.
Buka Portal IPO →Fahami prospektus, harga tawaran, tarikh tutup dan tarikh penyenaraian.
Lihat model perniagaan, penggunaan dana IPO, prestasi kewangan dan risiko utama.
Ketahui saluran permohonan yang tersedia dan pastikan akaun CDS serta bank anda bersedia.
Rancang sama ada mahu memegang, mengambil untung atau mengawal risiko selepas saham disenaraikan.
Maklum Balas Peserta
“Penerangan santai dan senang faham. Sebelum ini tengok chart pun dah rasa seram.”
“Saya akhirnya faham beza melabur untuk dividen dengan trading untuk capital gain.”
“Paling membantu bila terus tunjuk cara guna platform dan apa yang perlu disemak.”
Blog Abg Saham
Bacaan beginner-friendly mengenai akaun CDS, pelaburan dan trading saham di Bursa Malaysia.
Sebelum membeli saham pertama, anda perlu faham fungsi akaun CDS dan perbezaannya dengan akaun trading.
Baca artikel →Kedua-duanya boleh menghasilkan pulangan, tetapi cara memilih saham dan mengurus risiko adalah berbeza.
Baca artikel →Semak status, perniagaan, diversifikasi dan pelan risiko sebelum membina portfolio.
Baca artikel →Soalan Lazim
Ini jawapan ringkas untuk soalan yang biasa ditanya oleh pelabur baharu.
Akaun CDS ialah akaun yang digunakan untuk menyimpan rekod pemilikan saham anda di Bursa Malaysia. Ia diperlukan sebelum anda boleh membeli dan menjual saham.
Kebiasaannya permohonan boleh dibuat secara dalam talian. Tempoh kelulusan bergantung pada semakan dokumen dan maklumat yang dihantar.
Ya. Fi pendaftaran ialah RM10 dan fi FPX RM1, menjadikan jumlah bayaran RM11.
Boleh, tertakluk kepada syarat kelayakan dan perlu mempunyai akaun bank di Malaysia.
Abg Saham menguruskan pembukaan akaun melalui M+ Global oleh Malacca Securities Sdn Bhd.
Kelas direka untuk beginner, pekerja makan gaji dan usahawan yang mahu belajar secara tersusun dalam bahasa mudah.
Mulakan Hari Ini
Pilih jalan anda—belajar asas dahulu atau terus buka akaun CDS dengan bimbingan Abg Saham.