Akaun CDS merekodkan pemilikan saham anda di Bursa Malaysia. Untuk beginner, proses pendaftaran boleh nampak panjang kerana melibatkan pengesahan identiti, akaun bank, TIN dan pilihan jenis akaun. Panduan ini membantu anda menyediakan semuanya sebelum memulakan permohonan.
01Persediaan sebelum mendaftar
Sediakan kad pengenalan, nombor TIN, butiran akaun bank dan maklumat pasangan jika berkahwin. Pastikan RM11 tersedia untuk fi pendaftaran RM10 serta fi FPX RM1.
- ✓ Kad pengenalan yang jelas
- ✓ TIN atau maklumat cukai yang tepat
- ✓ Akaun bank atas nama sendiri
- ✓ Nombor telefon dan e-mel aktif
02Pilih akaun yang sesuai
Islamic Cash Account sesuai untuk pembelian saham dan IPO patuh Syariah. Cash Account pula memberi akses kepada semua saham yang dibenarkan pada platform, tertakluk kepada syarat broker.
03Gunakan Invitation Code
Masukkan R463 atau SI19 dan pastikan nama Yusri Bin Umran dipaparkan sebagai remisier. Jangan teruskan jika nama remisier lain muncul; kembali ke halaman pertama dan betulkan kod.
04Aktifkan pasaran global
Anda boleh menandakan pasaran Amerika Syarikat dan Hong Kong semasa pendaftaran supaya pilihan pasaran global tersedia untuk kegunaan akan datang.